Friday, May 27, 2011

Buktikan Sokongan Anda @ Himpunan Sejuta Belia 2011 Hujung Minggu Ini!

TM akan membawa demam bola Champions League ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya!!! TM akan mencipta suasana ala-stadium untuk tayangan perlawanan akhir antara Manchester United vs. Barcelona, secara langsung dari Wembley, pada hari Ahad, 29 Mei 2011 di Dataran Putrajaya.

Jangan lupa untuk ke tapak promosi TM, di mana pelbagai permainan dan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua!

Kaunter-kaunter jualan TM akan dibuka di sana di mana peminat-peminat boleh mendapatkan dan melanggan pelbagai produk dan perkhidmatan TM seperti perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi, pakej Blockbuster Deal, pakej perkhidmatan suara dan kad panggilan prabayar iTalk. Dapatkan juga peluang untuk memiliki barangan ekslusif daripada TM-Man Utd apabila anda mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan TM di kaunter-kaunter jualan ini. anda juga berpeluang untuk mendapatkan jersi Team Malaysia dengan harga istimewa iaitu RM60 sahaja!

Pelbagai aktiviti menarik menunggu para pelanggan, di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai gajet terkini – iPad, netbook, jersi-jersi Team Malaysia, dan banyak lagi hadiah menarik daripada TM.

Photobucket
Photobucket

No comments:

Post a Comment