Tuesday, May 31, 2011

Implanon...Bye Bye

Masa dapat twinz tahun 2009, kitorang dah rasa memang kena "rehat" untuk tambah anak lepas ni..memang kena rancang bebetul kewangan keluarga..mana taknya perbelanjaan untuk twinz semuanya bergu..hehe sajer guna term badminton :) beza masa dapat sorang anak..tapi Allah tu Maha Kaya, dah dijanjikan rezeki anak-anak memang ada, kalau buat kira-kira macam tak cukup jer tapi Alhamdulillah sentiasa cukup..tak lah mewah macam orang kaya tapi cukuplah untuk golongan sederhana macam aku ni.

Check up masa tu kat Pusat Rawatang Islam Az-Zahran dengan Dr. Noraini, tapi sebabkan ada complication dan twinz kena dilahirkan awal, jadi refer ke Hospital Pantai, Bangsar. Lepas tu post delivered check up, jumpa balik Dr Noraini, so mintaklah pandangan dia tentang perancangan keluarga, dia lah yang recommend guna implanon, kaedah yang paling berjaya setakat ni. Nak tahu lanjut pasal implanon boleh refer SINI

Tempoh untuk pasang implanon ni cuma 3 tahun jer, dan akan dapat kad untuk info tangan sebelah mana yang masuk implanon ni dan expiry date.

Sepatutnya tahun depan baru lah fully utilize, tapi sebabkan sejak pakai implanon ni, hormon wife aku tak stabil + berat badan pun susah nak control..yerlah orang dah biasa kurus tetiba jadi gebu-gebu gitu, mestilah rindu nak pakai baju masa time slim kan..hehe so aku pun ok jer lah kalau nak buang. Sabtu lepas buat appointment semula dengan Dr. Noraini dan buang implanon ni. So, Insya Allah, kalau dikurniakan Allah, harap2 dapat lah kembar 3 plak...amin :)

No comments:

Post a Comment