Terdapat 8 asnaf (penerima) zakat yang berhak menerima zakat seperti mana yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat ke-60.
Mereka ini adalah:
Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain
Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
Asnaf Amil
Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh Sultan atau naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat
Asnaf Mualaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu orang yang dijinakkan hatinya dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam
Asnaf Riqab
Hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya
Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan
Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah tiap-tiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam
Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
- Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya
- Pengembaraan diharuskan oleh syarak
Sumber: ASNAF www.e-zakat.com.my
Thursday, May 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
About Me
(58)
Double Din
(9)
Galaxy Camera
(1)
Galaxy Gear
(4)
Galaxy S II
(11)
Galaxy S III
(9)
Galaxy S4
(2)
Galaxy S5
(2)
Galaxy S6 edge
(1)
Gear Fit2
(1)
Geng Exora
(13)
GPS Launchpad
(39)
GPS Map Updates
(27)
GPS Software
(59)
GPS Upgrade Service
(139)
Jersi Terbaik
(3)
Layan Movie
(15)
Live Streaming
(3)
Lokatoo HD
(95)
Micro Fiber Towel
(1)
My CBR
(4)
My Exora
(38)
My Ninja
(42)
My Savvy
(10)
NEXO
(62)
Online Upgrade
(36)
Others
(46)
Ramadhan
(3)
Sometimes...
(18)
Tazkirah
(60)
TM UniFi
(5)
Waterless Car Wash
(5)
WTS
(2)
bgus ni utk tmbah pngetahuan & yg yg agkw terlupa,
ReplyDeletepatutnye LHDN blh merge dgn pusat zakat...baru fair utk smua..:)
susah jugak nak merge...pada pandangan aku, baik jangan merge sebab zakat ni diwajibkan kepada kita sebagai orang Islam, supaya dapat membersihan dan menyucikan harta kita disamping dapat membantu saudara seagama dengan kita yang memerlukan, wallahu a'lam
ReplyDelete