Sunday, January 23, 2011

Replaced Wiper For Exora

Bulan lepas, masa aku dipaksa bercuti selama seminggu di minggu terkahir bulan 12, sempat lah turun Seremban kejap singgah kat kedai Sang Auto Accessories. Mula-mula bukannya niat nak tukar wiper, hehe macamlah takder kedai aksesori kat area Bangi yang jual wiper. Aku sebenarnya nak survey diffuser, tapi memandangkan aku guna air master type 2, diffuser tu tak ngam dengan front skirt aku ni.

Alang-alang dah sampai kenalah jugak beli something. So memandangkan wiper aku pun dah season, dah tiba masanya ganti yang baru. Pekerja kedai tu tak recommend langsung aku guna silicon type, dia offer aku rubber type yang elok, design pun cantik, kena lah dengan design rear wiper aku tu

Photobucket
Photobucket

Harga sepasang wiper ni RM50.

Ni aku sertakan koordinat ke Sang Auto Accessories, senang kalau sesape nak pegi

PaPaGO
E: 101" 57' 7.7"
N: 2" 42' 46.5"

4 comments:

  1. bro jimon kualiti wipe di A .... B.... atau C gred

    namapak menarik jugak ni :)

    ReplyDelete
  2. salam mdshaari, kualiti wipe semestinya di gred A :) hehe puas hati, design pun mari

    ReplyDelete
  3. dia tak rekomen silicon bukan aper, customer nanti tak datang lagi kedai pasal silicon ni tahan lama dari rubber.

    ReplyDelete